Isu Teknologi dan Inovasi : Teknologi Hijau

Tuesday, 18 December 2012


Teknologi Hijau adalah aplikasi sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam semulajadi bagi menangani impak negatif aktiviti manusia. Teknologi hijau adalah teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding dengan teknologi sedia ada. Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kita menggunakan sumber-sumber seperti tenaga, air dan sebagainya secara minimum untuk menghasilkan sesuatu produk. Oleh yang demikian, apa-apa teknologi yang menyumbang kepada pengurangan pelepasan Gas Rumah Hijau atau digunakan untuk membangunkan produk dan perkhidmatan yang menghasilkan pelepasan Gas Rumah Hijau yang tinggi perlu dikurangkan melalui kesedaran pada peringkat permulaannya dan selanjutnya melalui penguatkuasaan. aplikasi teknologi hijau juga adalah selaras dengan konsep pembangunan mampan (sustainable development) di mana pembangunan yang dilaksanakan perlu memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi masa depan. Sehubungan itu, kita bertanggungjawab untuk memastikan generasi akan datang dapat sekurang-kurangnya menikmati kualiti kehidupan yang kita perolehi sekarang atau kualiti yang lebih baik dari sekarang.




Penekanan terhadap "teknologi hijau" adalah pendekatan yang tepat dalam menangani masalah alam sekitar dan pertumbuhan ekonomi. Ia juga selaras dengan agenda utama kerajaan-kerajaan diseluruh dunia pada masa kini yang memberi prioriti kepada isu-isu alam sekitar khususnya fenomena perubahan cuaca dunia. Kita sebagai penduduk dunia perlu bertanggungjawab untuk bersama-sama memainkan peranan dalam menjadikan dunia ini a better place to live in.
Dalam mengaplikasi teknologi hijau, faedah terbesar ialah dari segi peningkatan kualiti hidup dengan menjamin kualiti alam sekitar yang lebih mampan. pencemaran udara, air, bunyi  dan sebagainya akan menjejaskan kualiti hidup rakyat sekiranya masalah tersebut dibiarkan berterusan. Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kesan negatif terhadap alam sekitar adalah minima.





Teknologi hijau juga mempunyai potensi besar dalam memacu pembangunan negara. Industri yang menggunakan  atau membangunkan produk berhubung teknologi hijau dapat menyediakan peluang-peluang pekerjaan untuk masyarakat tempatan. Kita boleh juga meneroka peluang mengeksport produk 'hijau yang telah kita hasilkan. Pasaran untuk teknologi dan produk hijau amat besar, khususnya alam sektor tenaga boleh diperbaharu atau renewable energy. Contohnya, industri solar photovoltaic telah dikenalpasti sebagai sumber pertumbuhan ekonomi baru untuk negara.

Secara amnya Teknologi hijau merupakan satu teknologi yang mesra alam dan merupakan teknologi yang rendah karbon bagi mengurangkan pelepasan gas karbon ke udara yang menyebabkan antara lainnya fenomena perubahan cuaca dunia. Antara kesan-kesan fenomena perubahan cuaca dunia yang dirasai pada masa kini ialah cuaca melampau seperti keadaan cuaca panas yang sedang kita hadapi. Selain itu, kejadian bencana alam seperti ribut taufan, kecairan ais di Kutub Utara dan Selatan, kenaikan paras dan suhu air laut, kepupusan spisis flaura dan fauna dan sebagainya juga merupakan kesan-kesan fenomena perubahan cuaca dunia yang prominen pada masa sekarang. Oleh yang demikian, mitigasi fnomena perubahan cuaca dunia telah menjadi antara prioriti dalam masyarakat dunia pada masa kini



8 comments:

ina said...

harapnya teknologi hijau ni dapat dilakukan sepenuhnya di Malaysia. -fsakinah

CheahShien said...

Teknologi hijau mampu mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar. Semua pihak perlu bekerjasama dalam menjayakan teknologi hijau ini.

fidos ismail said...

kerajaan sepatutnya memberikan pendedahan lebih menyeluruh berkenaan teknologi hijau kepada eakyat malaysia

ina said...

saya juga bersetuju jika kerajaan membuat kempen dan penerangan kepada orang ramai terhadap kempeng teknologi hijau

Unknown said...

bagi sata teknologi hijau ini memerlukan penghebahan yang meluas seperti kempen yang dinyatakan oleh saudari fsakinah...

Unknown said...

saya bersetuju dengan chea bahawa pencemaran di malaysia semakin berleluasa.. jadi dengan adanya teknologi hijau di malaysia ia akan membantu dalam mempertingkatkan kialiti pencemaran di malaysia

Unknown said...

saudara fidos saya juga sependapat dengan saudara kerana dengan penghebahan dari kerajaan, r5akyat akan tahu berkenaan teknologi hijau ini

Unknown said...

Kerajaan memainkan peranan dalam menyebarluaskan lagi pengetahuan teknologi hijau kepada orang awam. Pendidikan dari tahap rendah perlu dilakukan bagi memberi pendedahan awal

Nureffina Dewi Dasriel

Post a Comment

Powered by Blogger.